Khamis, 13 Ogos 2015

Bermula di Pusat Latihan Belia Negara Peretak (kini Institut Kemahiran Belia Peretak)

[*Catatan ini terdapat beberapa istilah bahasa pasar dan daerah. Justeru diakhir catatan saya akan membuat terjemahannya.]

Pusat Latihan Belia Negara Peretak mampu menghasilkan
belia dan beliawanis mempunyai jatidiri yang unggul. Selain meneruskan
menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang dipelajari, terdapat alumni
menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
Pada tahun 1977 saya dipanggil oleh Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan daerah Sik untuk ditemuduga. Temuduga ini diadakan di Pusat Latihan Pertanian Carok Padang, Sik, Kedah. Saya tidak ingat berapa orang yang hadir ke sesi temuduga kemasukkan ke Pusat Latihan Belia Negara Peretak untuk mengikuti kursus seni foto selama enam bulan.

Saya hanya ingat nama Rosli Jusoh dan Nasir Daud. Ketika temuduga saya mampu menjawab soalan penel kerana sebelum itu saya pernah mengikuti kursus gaya pos dari seorang pengamal seni foto dari Teluk Intan. Kursus ini tidak lebih sebuah nota yang memberi sedikit kefahaman apa itu seni foto. Ketika itu mana ada majalah seni foto seperti sekarang. Kalau ada pun nun jauh di Kuala Lumpur. Itu pun buku yang diimport dari luar negara. Saya bertuah kerana dapat memberi jawapan setiap soalan yang diajukan. Saya tidak fasih dalam bahasa English ketika itu, namun saya boleh jawap apa itu Exposes, Exposer, Aperture, Shutter Speed dan lain-lain istilah  senifoto.

Kawan saya Nasir Daud yang datang dari aliran English dapat menjawab dalam bahasa tersebut tetapi jauh tersasar dari istilah seni foto. Mana tidaknya istilah Expose dia jawab Burn. Aperture dia jawab Tingkap. Manakala Shutter Speed dijawabnya Laju.

Duduk dari kiri: Dah lupa nama, Abang Mad; Terengganu, Jamaludin; Johor,
Lupa nama,
Berdiri dari kiri: Zainudin Arshad (Din Arshad);Johor, Rosli Jusoh;Kedah,Fazli; Perak,Adnan;
Negeri Sembilan, Mad Nor; Terengganu, Arwah Samad;NS,Lupa nama,Pahang,
Raai Osman;Kedah,Zulbahari;Johor, Cikgu Haidar.

Semua jawapan itu agak tersasar dari istilah  seni foto yang diterjemahkan oleh Dewan Bahasa. Saya boleh menjawab bukan apa, ia kerana saya sudah membaca nota seni foto. Maaf saya bukan memperkecilkan Nasir. Tetapi hakikatnya dalam seni foto istilah itu dalam makna yang berbeza.

Julai 1977 saya menjejakkan kaki ke Kuala Kubu Bahru. Ah...fikir saya pekannya sunyi macam pekan Sik. Tapi kerana ia berhampiran dengan Kuala Lumpur maka pekan itu lebih tersohor. Tambahan Kuala Kubu Bahru sebuah pekan yang perlu dilalui jikalau hendak ke Bukit Freaser. Lagi pula, waktu itu Kuala Kubu Bahru masih dilalui oleh sesiapa saja yang hendak ke utara atau sebaliknya (ke Kuala Lumpur).

Saya ditempatkan di suatu tempat yang bernama Peretak. Jauhnya kira-kira 10 kilometer dari pekan Kuala Kubu Bahru. Di mana Peretak? Tempatnya ialah dalam Empangan Hulu Selangor berhampiran jalan ke Bukit Freaser. Itulah Peretak. Kini tinggal empangan dan Kampung Peretak yang merupakan perkampungan Orang Asli. 

Tempatnya menarik. Sunyi dan dingin. Akhirnya baru saya ketahui bahawa jalan di depan pusat latihan itu merupakan jalan ke Bukit Freaser tempat peranginan tanah tinggi yang terkenal itu.


Di sini saya mulai mengenali orang Kelantan, Trengganu, Pahang, Johor, Melaka,Selangor, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Kami mempunyai pelatih seramai lima belas orang. Maaf kalau antara nama-nama itu saya telah lupa. 

Adnan orang Negeri Sembilan pesaing saya. Orangnya pandai dan ramah dan segak. Dia menjadi seorang anak bujang yang suka didekati oleh pelatih perempaun.(Maaf Nan, kalau kau baca tulis ini).Samad orang Negeri Sembilan kini telah arwah kerana dipanah petir tidak lama selepas kami tamat kursus.


Abang Mad dari Trengganu. Mengidap penyakit semput (lelah). Ubatnya hanya Bubuk Jawa. Dia simpan dalam botol makan hidup-hidup. Akhirnya kami gelar Mat Bubuk Jawa. (Maaf bang Mad yang tak tahu gelaran ini!) Manakala Mohd Noor dari negeri yang sama kami gelar Kecut sebab dia ni kerdirl sikit. Tapi seronok dengar logath Trengganunya.


Saya suka Zainudin orang Johor. Dailog ini tidak dapat lupa setiap kali merentasi Empangan Peretak jika hendak ke Bukit Freaser. "Mangkuk betul. Aabg aku kata best pergi Peretak. tepi pantai macam kat Mersing. Rupanya kat hutan. Adoi abang aku tipu aku".

Tidak mengapa, rakan-rakan lain biarlah dengan rahsia mereka. Tak perlu dicatat banyak sangat di dalam blog ini kerana kuatir anak cucu dia orang marah pula.

Petang kedua kami diarah turun ke satu tempat yang digunakan sebagai latihan berhalangan. Wau menarik. tenaga masih muda (ketika itu usia saya masih 19 tahun) maka semua halangan dapat dilalui dengan mudah.


Tiba-tiba dari atas bukit terdengar jeritan seorang lelaki berbadan tegap dengan muka mirip-mirip bengis. Dia minta kami pelatih lelaki semua naik dengan segera. Bertempiaran semua kami naik keatas.


Adoi....rupa-rupanya kami kena potong rambut sampai pendek. Potongan rambut dengan mata gunting nombor dua. Haaaa..semua hilang ketampanan yang dibawa dari kampung atau bandar!


Dua orang pelatih Kursus Kepimpinan Belia menangis. Mereka ini dari Pulau Pinang. Kata mereka "aku set rambut kat salon sebab aku nak P temuduga Pramugara. Dah kena dogoi macam ni apa nak buat lagi?"


Yang seorang lagi kata; "Tak pa, dia P Penang taulah aku nak buat apa. Turun feri aku botak kepalanya".

Akhirnya baru kami tahu lelaki yang berwajah bengis itu ialah En Omar merupakan Pengetua PLBN. Orang Kelantan. Dia baru balik dari Sabah dan kebetulan semasa hari ketibaan pelatih dia tiada di IKBN. Di situlah bermulanya orientasi.

Saya mula faham untuk membentuk peribadi kampung yang ada pada setiap orang akan dilakukan. Kalau kami masih tidur lagi seperti di kampung maka kami tidak boleh berjaya. Saya beranggapan apa yang kami lalui tidak ubah seperti pelatih PLKN sekarang. Bezanya, kami selama enam bulan. Sedangkan latihan PLKN hanya tiga bulan. 

Cikgu Majid yang telah saya temui semula pada 1 Oktober 2011
Episod sebagai pelatih seni foto bermula. Guru kami ada dua orang. Cikgu Majid dan Cikgu Haidar. Cikgu Haidar buat pungutan 6 ringgit seorang nak beli kamera. Dia keluar ke Kuala Lumpur membeli 15 biji kamera berjenama Diana F. Kamera ini menggunakan filem 120mm. Perghhh......bila balik atau pergi kelas, kami galas dengan macam -macam gaya. Paling menarik nak balik atau datang kelas kena melalui bilik-bilik anak-anak dara dalam kelas jahitan dan masak memasak. Apa lagi setiap jejaka segak akan menjadi tumpuan.

Tugasan pertama. Cikgu Majid dan Cikgu Haidar memberikan setiap seorang segulong filem hitam putih 120mm. Arahannya, ambillah apa saja gambar yang terdapat disekitar pusat latihan. Apa lagi masing-masing macam tak pernah jumpa kamera. Berbagai gaya dirakamkan. Paling menarik, pelatih perempuan akan dilibatkan sama. Sebelah petang masing-masing sudah habis kelas akan membuat tempahan mana-mana gadis yang cantik dan mahu memberikan sokongan. Mereka suka sebab menjadi model percuma dan akan memperolehi gambar hitam putih percuma. Kalau tidak mana ada peluang macam tu.


Setelah selesai gambar diambil esoknya kami diberi tunjuk ajar bagaimana nak proses filem. Menarik sesi ini. Terkejut semua orang, gambar diambil semua tak ada. Berbagai tanggapan wujud. PLKN keraslah. Hantu menerosakkan filem la. Eh macam-macamlah. Maklumlah semua yang ada tu masih berfikiran kampung.....


"Kau orang semua tau tak? ", tanya Cikgu Haidar.
"Filem yang kau orang ambil gambar ini dah expire. Dah tak boleh guna. "sambung beliau.


Masing-mesing merungut dalam bahasa negeri sendiri. Sedap juga saya dengar. 


" Penat aku. Meniarap, mencangkung aku ambil gambo" rungut Mad Noor budak Trengganu.


Hemmm.... berdengus abang Mad dalam menahan semputnya. "Menghabihkan boreh den jo.....", arwah Samad dalam loghat negerinya.

1977 sebenarnya fotografi masih menggunakan filem. Kami pada waktu itu tidak pernah termimpi menggunakan fotografi digital seperti sekarang. Walaupun sebenarnya teknologi digital telah dicipta pada tahun 1969 namun ianya belum tiba didunia fotografi. Justeru, kisah peminat fotografi bermain dengan bahan kimia ada perkara yang lumrah.


Bahan kimia seperti D76,D163,Fixer, Asid Acitit adalah perkara biasa bagi kami. Busuk masam dan sebagainya kami telah lupakan. Kami bancuh sendiri bahan kima itu. Ketika itu Kodak belum mengeluarkan bahan kimia ready make. Tapi untuk berjimat kaedah membancuh sendiri lebih berkesan.


Membuat kerja di dalam Bilik Gelap cukup menarik. Mana tidaknya kerja memeroses filem menggunakan Developer Tank dan mencetak gambar mesti menggunakan cahaya kuning. Oleh itu kami perlu berhati. Kalau ada yang tersilap membuka kain tirai maka semua kertas fotografi akan rosak. 

Sedang memproses filem hitam putih ketika di PLBN Peretak-1977
 Oleh itu pada hemat saya kerja berpasukan amat penting ketika melakukan proses di dalam Bilik Gelap. Kalau ada yang mengkianati kita maka rosaklah masa depan kita!

Ketika itu PLBN bukanlah sebuah intitusi yang popular seperti sekarang. Malah ada beranggapan ia adalah tempat orang-orang gagal dalam bidang pelajaran. Namun rekod membuktikan terdapat antara alumninya telah berjaya menyambung pelajaran ke pringkat tinggi sehingga ada yang mendapat ijazah PhD. Ini berdasarkan usaha tanpa jemu mereka. Mereka mungkin memperolehi ilmu untuk mengendalikan kehidupan. Tidak kurang juga yang berjaya selepas kembali ke kampung halaman. Mereka telah berjaya menjadi usahawan yang paling berjaya di negara ini. Malahan sehingga saya terlibat sebagai jawatankuasa persatuan alumni, terdapat bekas pelajar yang amat terhutang budi kepada jasa guru-guru mereka!


Ketika saya belajar di PLBN ini hanya ada dua PLBN sahaja di negara kita, satu lagi PLBN Dusun Tua. Kursusnya agak berbeza. Di sana lebih ditumpukan kepada bidang berasaskan kejuruteraan. Kami diberikan alaun tiga puluh ringgit sahaja. Makan percuma bermula dengan sarapan dan berakhir minum malam. Rasanya saya cucup makan sehinggakan tidak pernah meminta wang saku daripada emak di kampung.


Harus diingat, kami tidak semata-mata belajar fotografi. Setiap minggu pada hari Rabu pegawai belia dari Kuala Lumpur akan datang memberikan ceramah yang berkaitan perniagaan. Wah....semangat nak jadi usahawan memang tinggi waktu itu. 

Sabtu, 21 April 2012

Bilik Gelap (Darkroom)

Bilik Gelap (Darkroom) kini tiada lagi. Tidak ramai karyawan foto menggunakan Bilik Gelap lagi. Yalah untuk apa menggunakan Bilik Gelap kalau semua kerana fotografi digital memang tidak perlu lagi kemudahan tersebut.

Kisah Bilik Gelap memang menarik. Jika anda yang fobia Bilik Gelap maka agk susah untuk bekerja di dalammnya. Mana tidaknya, kalau untuk memproses filem hitam putih masih selesa kerana lampu kuning dan merah masih boleh digunakan. Manakala untuk mencetak gambar warna kita harus bekerja di dalam suasana 100% gelap.

Ketika memasukkan filem ke dalam developing tank kita perlu berada di dalam keadaan 100% gelap. Namun sekiranya kita menggunakan Chagging Beg maka masalah tersebut boleh diatasi.

Semangat mesti kuat. Kekuatan mental ketika berada di dalam Bilik Gelap harus tinggi.Mana tidaknya, dalam keadaan gelap macm-macam boleh berlaku. Saya harus menyediakan spry racun nyamuk untuk bersiap sedia kalau-kalau ada nyamuk, ular atau binatang berbisa yang lain.

Bilik Gelap di tempat kerja saya berada di bahagian bawah tanah yang dingin. Tambahan bangunan yang menempatkan Bilik Gelap tersebut berdekatan sungai.

Makhluk ghaib? Bukan tak ada, tapi kalau dilayan maka susah hendak mencari rezeki. Pernah beberapa kali makhluk itu mengusik saya.Cuma kerana dia pernah mengacau maka saya harus ketengahkan kejadian tersebut.

Pernah sekali tu sedang develop gambar, terbau wangi yang amat sangat. Memang wanginya belum pernah saya hidu. Dengan takbir kuat Allah Huakbar, wang itu hilang.

Kini di hujung perkhidmatan saya amat gembira kerana Bilik Gelap tidak lagi menjadi tempat kerja saya lagi. Sudah lama saya tidak menggunakan Bilik Gelap kerana kewujudan fotografi digital maka ia tidak diperlukan lagi. Sudah tiada masalah menghidu bahan kimia dan sebagainya.

Maka bagi saya dengan kehadiran fotografi digital banyak kesan bahan kimia boleh diatasi. Cuma, dalam fotografi digital masalah rediasi komputer kena diatasi kerana ketika mengedit gambar kita harus berwaspada dan tidak terlalu lama mengadapnya.

Khamis, 23 Februari 2012

Panduan ringkas:

Sekarang ramai yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan sampingan | Namun di dalam FB sudah ada khabar Jurufoto Penipu | Memberi kepercayaan kepada pelanggan bukan satu perkara yang mudah, tambahan kalau kita orang baharu dalam bidang ini | Jangan gelap mata dengan wang | Bina kepercayaan orang kepada kita | Bina kepercayaan kita kepada orang | Kerana itu jangan memberikan tempuh yang lama kepada pelanggan | Pesan saya siapkan pesanan itu sebelum hilang bau lemak makanan kenduri pengantin tersebut | Tapi jangan sampai pengantin perempuan sudah muntah-muntah mabuk "bunting pelamin", tak siap juga.

Ahad, 6 November 2011

Membantu, bukan mengajar mereka

1 Januari 1997 saya diberikan tugas menjadi jurulatih (tapi dalam surat tawaran pensyarah sambilan, tapi saya lebih suka memperkenalkan sebagi guru) kursus fotografi ko-kurikulum UKM. Mulanya agak sukar untuk mengendalikan kursus ini kerana saya hanya seorang jurufoto, bukan seorang jurulatih. Mujur pengalaman saya pernah bergiat dalam persatuan belia, kesatuan kakitangan UKM maka menjadi mudah bagi saya.

Pelajar yang menyertai kursus ini wajib mengikuti kursus ini kerana mereka perlu lulus kalau tidak ijazah tidak akan dikeluarkan oleh UKM. Saya merasakan pelajar menjadi sukar kalau kursus ini dijalankan dengan kaedah begitu. Maklumlah fotografi mungkin baru abgi mereka. Tapi saya memudahkan mereka dengan menjadikan kursus ini secara santai, gembira, berlawak. Saya lebih menggunakan pendekatan berkongsi ilmu, bukan mengajr ilmu.

Tahun 1997 fotografi masih lagi menggunakan media filem dan cetakan dalam Bilik Gelap, maka aktiviti fotografi lebih santai.

Masih saya ingat pelajar pertama saya bernama, Mod Madun, Rafie, Zulkifli,Hashim. Mereka merupakan pelajar yang menyambung pelajaran setelah bekerja. Bagi saya pelajar-pelajar ini membantu saya dalam melancarkan perjalanan kursus.

Namun ada juga masalahnya apabila hendak diadakan kuliah ada yang memberitahu saya "En Raai, saya lewat sikit sebab kena ambil isteri sebalum datang kuliah".



Satu kes pula seorang pelajar yang bercuti sebagai guru kerana menyambung pelajaran. Setiap hari Sabtu beliau akan membawa beg pakaian. Akhir setelah agak mesra dengan saya, beliau secara jujurnya memberitahu saya bahawa kena balik awal kerana bas terakhirnya pukul 5 petang di Pudu Raya (kini Pudu Central) untuk balik ke Perak bertemu keluarga. Oleh kerana saya memahani perasannya maka beliau diberikan kelulusan balik awal, tapi saya pernah berkata kepada pelajar lain "Kakak tu kena balik awal sebab nak jumpa keluarga seminggu sekali".

Peristiwa paling menyayat hati juga tidak kurang saya alami. Ada pelajar saya yang gagal menyambung kerana menghadapi masalah keluarga. (Sila baca topik ini ) Saya pernah menulis di blog ini namun tidak mahu memanjangkannya. Ada juga yang terpaksa menarik diri dari kursus saya kerana nenek sakit.

Tapi satu emel yang pernah saya terima dari orang alumni kursus saya, kini menjadi pensyarah di sebuah MRSM membuatkan saya agak teruja apabila diungkapkan seperti ini "En Raai terima kasih kerana membimbing saya. Saya belum faham ketika muda dulu. Sekarang setelah dewasa baru saya faham apa yang En Raai bimbing diluar topik fotografi".

Saya ingin memberitahu kepada pembaca blog ini bahawa pelajar yang menyertai kursus saya bukan sahaja belajar fotografi, saya mendidik mereka dalam berbagai aspek sosial, agama, kekeluargaan. Topik ini boleh dikaitkan menerusi gambar yang ditayangkan.

Katakan kalau saya mempamerkan gambar makanan. Saya akan berkata, muslim perlu makan makanan halal. Justeru peniaga perlu menyediakan makanan halal. Kalau peniaga menyediakan makanan yang halal jumlah jualan akan meningkat. Saya tujukan maksud ini kepada pelajar bukan Islam. Mereka faham kerana saya bukan mengajak mereka memeluk Islam, tetapi membawa mereka memahami Islam.

Pernah saya berkata di dalam kuliah bahawa tahu kaedah untuk mendapat kembali barang yang hilang atau dicuri. Suatu hari datang seorang pelajar bukan Islam meminta bantuan kerana motosikalnya hilang. Saya kata boleh membantu tetapi hanya menurut cara Islam. Kerana doa yang saya baca hanya boleh diamalkan oleh seorang yang Islam.

Siapa kata dengan fotografi tidak boleh berdakwah? Mungkin silap jika kita berandaian begitu kerana saya mengamalkan kaedah saya tanpa perlu bersongkok dan berserban dan berjubah. Ketika kuliah saya sering bertanya siapa belum solat sila ke surau terlebih dulu, kerana kuliah saya jatuh nombor dua selepas solat.

Malahan saya pernah membawa buah kurma dan sebotol air dan diletakkan diatas meja sebelum masuk waktu berbuka puasa di bulan Ramadan. Mereka bertanya untuk apa buah kurma itu, saya berkata ia adalah bekalan kerana saya tidak sempat balik rumah.

Pernah satu ketika seorang pelajar saya baru memeluk Islam setelah menjadi siswa UKM. Saya faham beliau memerlukan bantuan, kasih sayang dari rakan sesama Islam. Pelajar ini begitu rapat dengan saya kerana beliau mungkin merasakan ada tempat berteduh membimbingnya disamping ustaznya. Malahan apabila dia berkata ayahnya mungkin membunuhnya kerana tukr agama. Saya memberikan semangat bukan kerja seorang ayah yang normal akan membunuh anaknya. Akhirnya setelah beliau tamat pengajian dan memberitahu saya seluruh keluarganya telah menerima dia sebagai seorang Islam. Syukur Alhamdulillah.

Soal alaun sering menjadi topik perbualan ketika di kalangan jurulatih ketika bertemu dalam mesyuarat. Ramai yang tidak berpuashati. Maklumlah ketika di tahun 1997 kami hanya dibayar RM20 sahaja. Selepas itu RM25 dan kini RM50. Orang yang memikirkan soal wang sebanyak itu apa yang dapat? Namun saya memikir diluar kotak kerana apa yang saya perolehi adalah lebih mahal dari itu.
Saya pernah diceritakan oleh biras saya ketika beliau temuduga memohon tanah di sebuah daerah di Johor, Penolong Pegawai Daerah di situ adalah bekas pelajar saya. Apabila beliau menyebut nama saya, biras saya di berikan tanah yang di pohon. Ini rezekibiras saya.

Tapi tahukah sdra/i ketika saya memegang pen atau komputer untuk menulis markah pelajar merupakan satu perkara yang mengerunkan. Mana tidak seandainya saya berlaku tidak adil, sudah pasti kesannya akan diberikan kepada saya kerana anak-anak masih belajar. Seorang ayah tentunya kalau markah anak tidak bagus, sudah pasti saya!

Kenapa suka mengajar fotografi? Memang sukar untuk saya jelaskan kerana saya bukanlah seorang jurufoto terkenal. Saya hanya jurufoto kerajaan seperti kakitangan lain. Kalau mengira wang gaji memang tidak cukup. Kalau ditambah dengan alauan yang saya dapat juga tidak mencukupi. Jadi untuk apa saya harus meninggalkan nikmat bercuti setiap hari Sabtu. Saya jarang merasai nikmat cuti hari Sabtu sejak 1997.Namun apa yang saya perolehi sepanjang menyertai program ini sukar untuk ditulis.

Pelajar yang berjaya dalam pengajian di UKM bukan kerana saya. Mereka telah sedia bagus sebelum memasuki UKM. Namun tahukah kita setelah mereka menjejakkan kaki ke mana-mana universiti, pelajar ini akan menghadapi berbagai masalah samada kecil atau besar. Anda yang pernah bergelar siswa/i sudah tentu faham perkara ini.

Pernah saya diberitahu seorang pelajar Cina perempuan memberitahu saya bahawa ibunya sedang sakit sebab itu dia gagal hadir ke kuliah. Saya tidak menganggap dia menipu. Tapi menjelang peperiksaan teori esok pagi, malam itu dia menelefon saya bahawa ibunya telah meninggal dunia. Saya faham budaya dan agamanya. Maka saya menasihatkan pelajar ini agar menghubungi pejabat akademik selepas selesai upacara penggurusan mendiang ibunya.

Di sini saya ingin mengadakan bahawa memahami masalah pelajar setidak-tidaknya dapat meringankan kehidupan mereka di kampus. Saya mungkin tidak mampu memberikan mereka dengan wang, paling tidak sokongan moral. 


Pernah berkata kepada seorang pelajar yang berjaya, bahawa saya amat berbangga apabila seseroang pelajar itu berjaya. Malahan saya tidak dapat berbuat apa-apa ketika melihat dia diseret menaiki kereta polis kerana menyertai demontrasi. Namun saya faham mereka ada hak dalam kehidupannya dan saya tiada kuasa menghalang, cuma membantu. Kalau tindakkannya dikatakan betul maka betullah pada dia.

Suatu ketika pelajar memberontak kerana tidak berpuashati dan membuat demontrasi. Ketika merakam gambar saya terpandang wajah seorang pelajar saya. Keesokkan harinya ketika datang ke kuliah, saya berkata kamu hilang suara sebab menjerit malam tadi ke? Dia tersenyum dan menyambung "saya nampak Cikgu....". Tapi saya tahu, dengan adanya saya di lokasi demontrasi itu paras "anginnya" mungkin menurun sedikit.

Saya yakin cara saya di minati oleh pelajar saya walaupun saya tidak garang. Saya tidak pernah memarahi mereka macam pelajar-pelajar di sekolah. Saya yakin mereka adalah remaja matang dan bukan remaja nakal. Mereka kritis dan berinovasi. Sebab itu ada waktunya mereka memikirkan tahap ilmu yang lebih daripada orang lain. Tidak mengapa kalau mereka tunjuk pandai. Kerana tujuan mereka diasuh, diajar adalah untuk menjadi pandai. Kalau mereka lebih pandai dari guru itum adalah perkara biasa. Bukankah ramai anak-anak murid yang menjadi Profesor sedangkan Cikgunya masih menjadi Guru? Seorang guru amat bangga apabila muridnya sudah pandai.

Sehingga kini masih ada bekas pelajar saya yang menghubungi saya menerusi telefon, Fecebook, walaupun sudah lama tidak bertemu. Saya gembira.

Selasa, 25 Oktober 2011

Nak Jadi Jurufoto?

Sekitar empat puluh tahun dulu saya amat gemar melihat gelagat Jurufoto di majlis-majlis rasmi. Setelah saya bertugas di UKM pada tahun 1979 saya mula merasai budaya kerja Jurufoto. Namun sebagai orang baru dalam dunia fotografi banyak perkara baru yang harus saya pelajari. Profesor Dr Mohamed Omar, Khalil Alwi (Hj) menjadi mentor saya waktu itu.

Dalam beberapa sesi kursus yang  dihadiri maka saya dapat mengenali Pak Hamzah Hurmin, Ahmad Nayan (arwah), Pak Nahar Kamsani, Salleh Osman, Arif Azahari. Pak Wan, Raja Harun Reduan. Namun oleh kerana mereka adalah orang press yang sibuk, kalau dapat bertemu pun dalam siri-siri kursus sahaja.

Saya mulai mengenali Young tauke kedai di Kajang yang memiliki studio Tokyo Foto. Saya mengenali beliau ketika  filem slaid lambat siap, saya marah-marah waktu itu. Dia penyabar orangnya. Pada saya dia menggunakan falsafah "pelanggan selalunya betul". Kemudian saya menjadi pelanggan tetapnya. Malahan saya banyak belajar erti seorang usahawan foto. Malahan beliau seorang bangsa cina yang tidak lokek ilmu. Saya boleh masuk ke studionya. Malahan saya boleh masuk ke Bilik Gelap tempat beliau memproses filem.

Justeru, saya berkata di dalam hati, kalau nak menjadi jurufoto yang berjaya harus dikritik. Berani dicabar, berani di "maki". Kalau mengharapkan orang memuji itu adalah silap.

Ketika menggunakan filem sebagai media untuk menghasilkan foto bukanlah semudah sekarang. Kalau sekadar sepuluh tahun menjadi karyawan foto belum pasti boleh menjadi guru jauh dari itu sukar untuk memperolehi gelaran Sifu..... Malahan Arif Azhari (NST) pernah berkata dalam satu bengkel fotografi anjuran Asfon, "saya hanya pandai ambil gambar, bercakap dalam bidang ini sukar sekali"

Salleh Osman (NST) pernah berkata di dalam satu ceramahnya (ketika itu beliau bertugas di Tan Chong Motor) "saya sediakan wang sebanyak 600 ringgit untuk membeli buku setiap bulan ".

Saya fikir, kalau hendak menjadi jurufoto yang bagus, wang harus dilaburkan untuk mencari ilmu.

Tahun 1986 saya menyertai kursus Professional Portrait Seminar - Portrait and Wedding Photography. oleh: B.Schmachtenberg (German) anjuran Eng Tong Sistem Fotografik. Apa yang menarik dalam kursus ini ialah kandungannya. Tetapi lebih menarik ialah 99% peserta adalah peniaga kedai gambar seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Semua peserta berbangsa cina ini bukan boleh berbahasa Inggeris. Tapi ada seorang penterjemah.

Menariknya mereka membantu bangsa mereka.Waktu itu belum ada bangsa kita yang mahu mengajar kecuali nama-nama yang telah saya senaraikan diatas. Paling ketara ialah Pak Wan (Redzuan Fotomedia, Pertama Komplek) yang sanggup membuka kelas fotografi. Sekarang sudah ramai anak-anak melayu yang menjadi guru setelah memperolehi ilmu formal di IPT.

Minat dikalangan orang melayu terhadap fotografi memang tinggi. Ketika itu saya dapati kursus yang dianjurkan oleh Pak Wan mendapat sambutan yang menggalakkan. Malahan setelah saya membuka laman web Alam Seni Foto begitu banyak emel yang saya terima.  Ini menunjukkan peminat fotografi sudah ramai. Kesannya begitu ketara setelah wujudnya kamera digital. Pada peringkat awal, ramai menggunakan kamera kompak. Sekarang saya lihat sudah ramai menggunakan DLSR.

Bermula di Pusat Latihan Belia Negara Peretak (kini Institut Kemahiran Belia Peretak)

[*Catatan ini terdapat beberapa istilah bahasa pasar dan daerah. Justeru diakhir catatan saya akan membuat terjemahannya. ] Pusat La...